Wednesday 28 January 2015

AGAMA DAN KEPERCAYAAN



KAUM MELAYU 
  • Penduduk majoriti terawal di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Penduduk Melayu ketika itu hidup dengan agama dan kebudayaan mereka sendiri, malah amalam mereka ini tidak terjejas walaupun berlaki kemasukan buruh-buruh Cina dan India. Situasi ini berlaku kerana tidak wujud percampuran yang ketara antara ketiga-tiga kaum tersebut lantaran ciri-ciri permisahan yang ketara pada peringkat awal, terutama dari segi petempatan dan amalam ekonomi masing-masing
  • Agama Islam adalah berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu. Ajaran ini sememangnya berbeza dengan pegangan masyarakat di Tanah Melayu pada abad ke-7 hingga ke-13 sebelum ini yang menganut agama Hindu. dalam agama Islam , al-quran dijadikan sebagai asas/sumber hukum yang utama bersama-sama dengan panduan daripada amalam Nabi Muhammad SAW. Asas utama dalam ajaran Islam ialah Rukun Islam dan Rukun Iman
  • Ajaran Islam bermatlamat :- 
  • Melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercyaan yang betul, iaitu hanya percaya kepada kekuasaan Allah semata-mata.   
  • Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan  bersistematik dalam setiap situasi kehidupan mereka 
  •  Melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai khalifah Allah di mukia bumi ini sekali gus melahirkan manusia yang mengenali diri dan mempunyai hala tuju hidup.






KAUM CINA
  • Masyarakat Cina yang datang ke Tanah Melayu mengubah struktur kemasyarakatan negara ini sekali gus menyumbang kepada pembentukan masyarakat majmuk. Justeru, golongan ini turut membawa bersama bersama agama dan kepercayaan yang dianuti mereka ke negara ini dan kekal mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing tanpa halangan dan sekatan
  • Antara agama atau kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat falsafah dan keagamaan Cina. Pengaruh Toisme amat meluas. Kepercayaan ini telah memperkaya ajaran Confucianisme dan membantu memperluas ajaran agama Buddha serta memberikan semangat, inspirasi dan panduan akhlak kepada orang-orang Cina.
  • Ajaran agama Tao telah diasaskan oleh Chang Ling yang dikenali sebagai T'ien Shih ( The Heavenly Teacher ) dalam kalangan para pengikutnya. Ajaran ini terbahagi kepada dua, iaitu : 
  • Cult Of Immortality -Gerakan ini mengajar pengikutnya mencari kehidupan abadi menerusi meditasi, latihan pernafasan, gimnastik, mandi, seni seksual dan perubatan
  • Way of the Heavenly Teacher - Gerakan ini telah dikembangkan oleh K'ou Ch'ien-chih.
  • Satu lagi anutan yang popular dalam kalangan masyarakat Cina ialah fahaman Confucianisme. Pengasasajaran ini ialah Kung Fu Tze ( Confucius ) yang dilahirkan pada tahun 551 SM dan meninggal dunia ketika berusia 72 tahun
  • Konsep Kekeluargaan dalam Confuucianisme - Ajaran ini sangat mementingkan organisasi kekluargaan. Dalam sesebuahkeluarga, kasih sayang sesama kaum kerabat(hsiao), Ukhwah(ti), ketaatan kepada ibu bapa dan abang sangat dititikberatkan.
  • Ketaatan Anak - Aspek ini merujuk kepada penghormatan yang patut diberikan oleh anak kepada ibu bapa. Ajaran ini juga menekan kuat kepada konsep pemujan dan penyembahan terhadap keluarga, terutama nenek moyang yang telah meninggal dunia.
  • Konsep Yin dan Yang - Komsep ini menyebut bahawa semua benda di dunia ini merupakan gabungan unsur pasif yang dikenali sebagai Yin dan unsur aktif dikenali sebagai Yang. Gabungan Yin dan Yang akan membawa keamanan dan keharmonian. Kedua-dua konsep ini menjadi teras kepada amalam masyarakat Cina sehingga hari ini.
    Taijitu merupakan simbol tradisional yang mewakili kuasa Yin dan Yang  


     
  •  Jen - Jen ialah ajaran yang bermatlamat membentuk seseorang individu itu bermoral tinggi dan sempurna. Ajaran ini menganggap manusia mempunyai sifat baik semula jadi.
  • Chun Zhi - Konsep ini bermaksud manusia yang benar, manusia yang sempurna, dan manusia yang terbaik. Dalam agama Islam, konsep ini boleh disamakan dengan konsep insan kamil ( manusia sempurna )
  • Konsep Li - Li bermaksud kesopanan, budi pekerti dan pelaksanaan upacara-upacara
  • Nilai Te - Te bermaksud persetujuan warganegara kepada nilai moral yang merupakan prasyarat untuk menjadi anggota masyarakat.
 
 
 
KAUM INDIA 
  • Masyarakat India yang tiba di Tanah Melayu turut membawa agama dan budaya yang diamalkan dari tanah air asal. Walaupun masyarakat ini mempelajari nilai-nilai dan budaya tempatan selepas kedatangan mereka , namun pengalaman mereka terhadap budaya asal masing-masing masih tebal.
  • Agama yang paling banyak dianuti oleh masyarakat India ialah diri untuk jidup demi masyrakatnya dan berusaha memuaskan hati nenek moyang dan tuhan-tuhannya.
  • Kepercayaan kepada dewa-dewa - Asas agama Hindu ialah Tuhan yang satu. Namun, penjelmaan tuhannya kepada beberapa bentuk Dewa menjadikan agama ini sering dilihat beraliran politisme, walaupun sebenarnya tidak tepat. Antara dewa tersebut dalah Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu ( DewaPelindung ) dan Siva ( Dewa Pembinasa) . Terdapat juga dewa-dewa lain seperti Indra (Dewa Perang dan Cuaca ), Surya ( Dewa Matahari ), Agni ( Dewa Api ), Varuna ( Dewa Langit ), dan Lakshmi ( Dewa Kekayaan ).
  • Konsep Karma dan Kelahiran Semula - Masyarakat Hindu percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam kehidupann yang terdahulu. Oleh itu, untuk memastikan kelahiran semulanya kelak berada dalam kasta yang mulia, keperibadian dalam hayat yang sedang dilalui perlulah baik dan berbudi.
  • Kitab-kitab Veda - Kitab Veda ialah kitab yang menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama Hindu. Kitab-kitab ini mengandungi riwayat hidup, amalam-amalam politik, kebudayaan, tempat, pakaian, minuman dan sebagainya. 
Kuil , tempat ibadah penganut hindu.


Tuesday 27 January 2015

PENGENALAN


KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA


KAUM MELAYU

  • Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Sebelum era kolonial, kegiatan ekonomi utaman masyarakat Melayu persisir ialah perdagangan. Perdagangan utama adalah melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu
  • Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing semakin berubah dan merosot setelah campur tangan british dalam hal ehwal politik tempatan. Kemasukkan buruh asing juga telah megubah struktur ekonomi masyarakat Melayu
  • Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat dari semasa, namun peratusan kaum Melayu di bandar-bandar baharu ini kekal kecil.
  • Masyarakat Melayu juga tidak digalakkan untuk menyertai sektor ekonomi moden. Fenomena ini sebenarnya memberi lebih ruang kepada buruh asing menguasai sektor ekonomi keseluruhannya.
  •  
KAUM CINA
  • Sebelum kedatangan British, bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil dan kebanyakkannya bekerja sebagai peniaga sahaja. Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786, pengambilalihan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahum 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat.
  • Kebanyakkan masyarakat Cina ini berasal dari wilayah Kwangtung dan Tukuin. Pada peringkat awal,buruh-buruh Cina tertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti di Lukut dan Sungai Ujong
  • Catatan menunjukkan menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong hampir 10,000 orang dan di Larut Perak pada tahun 1873 terdapat 40,000 orang
  • Selain aktiviti perlombongan, kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir
  • Sememangnya bilangan pernduduk Cina menunjukkan pertambahan yang paling besar dari setahun ke setahun berbanding dengan bangsa lain
KAUM INDIA 
  • Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke-19 dan ke-20 sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi. Hubungan lebih jelas kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga di pelabuhan Melaka
  • Kebanyakkan buruh India datang dari Selatan India. Mereka mula bekerja sebagai peladang di ladang-ladang tebu dan kopi di Seberang Perai. Oleh itu, tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan
  • Catatan menunjukkan sejak tahun 1900 hingga 1910 iaitu seramai 48000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu
  • Kumpulan etnik penduduk India yang terbesar ialah orang Tamil yang membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayali meliputi 7%. Orang Telegu pula berjumlah 4%. Kebanyakkan orang Tamil bekerja di estet-estet getah sebagai buruh
  • Orang Punjabi turut datang dan pada peringkat awalmya mereka bertugas dalam perkhidmatan polis dan kereta api serta menjadi pengawal keselamatan. Buruh-buruh India yang bekerja di Tanah Melayu datang sama ada secara paksaan atau rela.
  • Selain itu, wujud juga sistem yang dipanggil Sistem Kontrak di mana seseorang pekerja itu bekerja mengikut jangka masa tertentu sebagaimana yang disebut dalam kontrak
  • Sehingga tahun 1957, jumlah penduduk India di Tanah Melayu menjangkau 695,895 orang, iaitu 11.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.