KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA
KAUM MELAYU
- Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Sebelum era kolonial, kegiatan ekonomi utaman masyarakat Melayu persisir ialah perdagangan. Perdagangan utama adalah melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu
- Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing semakin berubah dan merosot setelah campur tangan british dalam hal ehwal politik tempatan. Kemasukkan buruh asing juga telah megubah struktur ekonomi masyarakat Melayu
- Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat dari semasa, namun peratusan kaum Melayu di bandar-bandar baharu ini kekal kecil.
- Masyarakat Melayu juga tidak digalakkan untuk menyertai sektor ekonomi moden. Fenomena ini sebenarnya memberi lebih ruang kepada buruh asing menguasai sektor ekonomi keseluruhannya.
KAUM CINA
- Sebelum kedatangan British, bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil dan kebanyakkannya bekerja sebagai peniaga sahaja. Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786, pengambilalihan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahum 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat.
- Kebanyakkan masyarakat Cina ini berasal dari wilayah Kwangtung dan Tukuin. Pada peringkat awal,buruh-buruh Cina tertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti di Lukut dan Sungai Ujong
- Catatan menunjukkan menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong hampir 10,000 orang dan di Larut Perak pada tahun 1873 terdapat 40,000 orang
- Selain aktiviti perlombongan, kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir
- Sememangnya bilangan pernduduk Cina menunjukkan pertambahan yang paling besar dari setahun ke setahun berbanding dengan bangsa lain
KAUM INDIA
- Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke-19 dan ke-20 sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi. Hubungan lebih jelas kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga di pelabuhan Melaka
- Kebanyakkan buruh India datang dari Selatan India. Mereka mula bekerja sebagai peladang di ladang-ladang tebu dan kopi di Seberang Perai. Oleh itu, tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan
- Catatan menunjukkan sejak tahun 1900 hingga 1910 iaitu seramai 48000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu
- Kumpulan etnik penduduk India yang terbesar ialah orang Tamil yang membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayali meliputi 7%. Orang Telegu pula berjumlah 4%. Kebanyakkan orang Tamil bekerja di estet-estet getah sebagai buruh
- Orang Punjabi turut datang dan pada peringkat awalmya mereka bertugas dalam perkhidmatan polis dan kereta api serta menjadi pengawal keselamatan. Buruh-buruh India yang bekerja di Tanah Melayu datang sama ada secara paksaan atau rela.
- Selain itu, wujud juga sistem yang dipanggil Sistem Kontrak di mana seseorang pekerja itu bekerja mengikut jangka masa tertentu sebagaimana yang disebut dalam kontrak
- Sehingga tahun 1957, jumlah penduduk India di Tanah Melayu menjangkau 695,895 orang, iaitu 11.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.
Casino de Borgata - Dr.MD
ReplyDeleteCasino de 대구광역 출장안마 Borgata. 동해 출장샵 Hotel, Casino & Spa. Casino de 여주 출장안마 Borgata. Address, 3149 S. 광주 출장안마 Atlantic City, NJ 춘천 출장샵 08401. Website, www.facebook.com