KAUM MELAYU
- Penduduk majoriti terawal di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Penduduk Melayu ketika itu hidup dengan agama dan kebudayaan mereka sendiri, malah amalam mereka ini tidak terjejas walaupun berlaki kemasukan buruh-buruh Cina dan India. Situasi ini berlaku kerana tidak wujud percampuran yang ketara antara ketiga-tiga kaum tersebut lantaran ciri-ciri permisahan yang ketara pada peringkat awal, terutama dari segi petempatan dan amalam ekonomi masing-masing
- Agama Islam adalah berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu. Ajaran ini sememangnya berbeza dengan pegangan masyarakat di Tanah Melayu pada abad ke-7 hingga ke-13 sebelum ini yang menganut agama Hindu. dalam agama Islam , al-quran dijadikan sebagai asas/sumber hukum yang utama bersama-sama dengan panduan daripada amalam Nabi Muhammad SAW. Asas utama dalam ajaran Islam ialah Rukun Islam dan Rukun Iman
- Ajaran Islam bermatlamat :-
- Melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercyaan yang betul, iaitu hanya percaya kepada kekuasaan Allah semata-mata.
- Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistematik dalam setiap situasi kehidupan mereka
- Melahirkan manusia yang
bertanggungjawab sebagai khalifah Allah di mukia bumi ini sekali gus melahirkan
manusia yang mengenali diri dan mempunyai hala tuju hidup.
- Masyarakat Cina yang datang ke Tanah Melayu mengubah struktur kemasyarakatan negara ini sekali gus menyumbang kepada pembentukan masyarakat majmuk. Justeru, golongan ini turut membawa bersama bersama agama dan kepercayaan yang dianuti mereka ke negara ini dan kekal mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing tanpa halangan dan sekatan
- Antara agama atau kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat falsafah dan keagamaan Cina. Pengaruh Toisme amat meluas. Kepercayaan ini telah memperkaya ajaran Confucianisme dan membantu memperluas ajaran agama Buddha serta memberikan semangat, inspirasi dan panduan akhlak kepada orang-orang Cina.
- Ajaran agama Tao telah diasaskan oleh Chang Ling yang dikenali sebagai T'ien Shih ( The Heavenly Teacher ) dalam kalangan para pengikutnya. Ajaran ini terbahagi kepada dua, iaitu :
- Cult Of Immortality -Gerakan ini mengajar pengikutnya mencari kehidupan abadi menerusi meditasi, latihan pernafasan, gimnastik, mandi, seni seksual dan perubatan
- Way of the Heavenly Teacher - Gerakan ini telah dikembangkan oleh K'ou Ch'ien-chih.
- Satu lagi anutan yang popular dalam kalangan masyarakat Cina ialah fahaman Confucianisme. Pengasasajaran ini ialah Kung Fu Tze ( Confucius ) yang dilahirkan pada tahun 551 SM dan meninggal dunia ketika berusia 72 tahun
- Konsep Kekeluargaan dalam Confuucianisme - Ajaran ini sangat mementingkan organisasi kekluargaan. Dalam sesebuahkeluarga, kasih sayang sesama kaum kerabat(hsiao), Ukhwah(ti), ketaatan kepada ibu bapa dan abang sangat dititikberatkan.
- Ketaatan Anak - Aspek ini merujuk kepada penghormatan yang patut diberikan oleh anak kepada ibu bapa. Ajaran ini juga menekan kuat kepada konsep pemujan dan penyembahan terhadap keluarga, terutama nenek moyang yang telah meninggal dunia.
- Konsep Yin dan Yang - Komsep ini menyebut bahawa semua benda di dunia ini merupakan gabungan unsur pasif yang dikenali sebagai Yin dan unsur aktif dikenali sebagai Yang. Gabungan Yin dan Yang akan membawa keamanan dan keharmonian. Kedua-dua konsep ini menjadi teras kepada amalam masyarakat Cina sehingga hari ini.
Taijitu merupakan simbol tradisional yang mewakili kuasa Yin dan Yang
- Jen - Jen ialah ajaran yang bermatlamat membentuk seseorang individu itu bermoral tinggi dan sempurna. Ajaran ini menganggap manusia mempunyai sifat baik semula jadi.
- Chun Zhi - Konsep ini bermaksud manusia yang benar, manusia yang sempurna, dan manusia yang terbaik. Dalam agama Islam, konsep ini boleh disamakan dengan konsep insan kamil ( manusia sempurna )
- Konsep Li - Li bermaksud kesopanan, budi pekerti dan pelaksanaan upacara-upacara
- Nilai Te - Te bermaksud persetujuan warganegara kepada nilai moral yang merupakan prasyarat untuk menjadi anggota masyarakat.
KAUM INDIA
- Masyarakat India yang tiba di Tanah Melayu turut membawa agama dan budaya yang diamalkan dari tanah air asal. Walaupun masyarakat ini mempelajari nilai-nilai dan budaya tempatan selepas kedatangan mereka , namun pengalaman mereka terhadap budaya asal masing-masing masih tebal.
- Agama yang paling banyak dianuti oleh masyarakat India ialah diri untuk jidup demi masyrakatnya dan berusaha memuaskan hati nenek moyang dan tuhan-tuhannya.
- Kepercayaan kepada dewa-dewa - Asas agama Hindu ialah Tuhan yang satu. Namun, penjelmaan tuhannya kepada beberapa bentuk Dewa menjadikan agama ini sering dilihat beraliran politisme, walaupun sebenarnya tidak tepat. Antara dewa tersebut dalah Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu ( DewaPelindung ) dan Siva ( Dewa Pembinasa) . Terdapat juga dewa-dewa lain seperti Indra (Dewa Perang dan Cuaca ), Surya ( Dewa Matahari ), Agni ( Dewa Api ), Varuna ( Dewa Langit ), dan Lakshmi ( Dewa Kekayaan ).
- Konsep Karma dan Kelahiran Semula - Masyarakat Hindu percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam kehidupann yang terdahulu. Oleh itu, untuk memastikan kelahiran semulanya kelak berada dalam kasta yang mulia, keperibadian dalam hayat yang sedang dilalui perlulah baik dan berbudi.
- Kitab-kitab Veda - Kitab Veda ialah kitab yang menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama Hindu. Kitab-kitab ini mengandungi riwayat hidup, amalam-amalam politik, kebudayaan, tempat, pakaian, minuman dan sebagainya.
Kuil , tempat ibadah penganut hindu. |